Saturday, May 25, 2019

Betterment Brigade

"BETTERMENT BRIGADE, FOR A GREATER CAUSE, BETTERING OTHERS"

JALINAN MASYARAKAT MIKROBIOLOGI SESI 2019/2020


Team JM mikrobiologi 19/20
 (Dari atas kiri, Hanisah, Jie min, Lujin, Dr. Khanom Simarani (penasihat), Fatini, Zawani, Syamimi & Mageswari. Dari bawah kiri; Raziq, Harinesh, Liu boyu, Sajeeth, Chun howe, Moganaseelan, Wan Amirul & Faiq.)



Social Engagement atau jalinan masyarakat, x tau la kalau Uni lain guna nama lain ke, yg pasti, kebanyakan universiti guna subjek ni sebagai satu inisiatif untuk melatih connection antara mahasiswa dan masyarakat.

Nama pun dah jalinan kan, kalau x terjalin hubungan memang x tau la hahaha. Yang pasti, SE (social engagement) juga mengajar anak-anak mahasiswa softskill yang diuar-uarkan sebagai satu elemen yang penting untuk kebolehpasaran semua.

Kalau nak tau, Social Engagement kami ni under lecturer daripada kursus mikrobiologi; Dr. Khanom Binti Simarani, bawah Kumpulan 23. Setinggi-tinggi penghargaan
untuk beliau atas segala tunjuk ajar dan bimbingan.

Meh kita tengok sikit camne Social engagement ni ya?
⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬⏬


πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬   Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Sri Kundang, itu la nama pusat yang kami pergi. pusat ini sangat menarik kerana ianya adalah sebahagian daripada surau al-falah, surau area tersebut. Pengerusi pusat tersebut juga adalah pengerusi ajk surau itu.




πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ 

haa so masa kami sampai, kena la break the ice dahulu kan dengan semua, so malam tu, kami semua buat aktiviti dan games selepas isyak di ruang belajar surau. Macam orang cakap, kalau x kenal maka x cinta kan?




⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰
⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰


So the next day, selepas solat subuh dan sarapan, kitorang adakan senamrobik untuk penghuni pusat jagaan ni. macam-macam kami buat, dari senaman panaskan badan hingga lah Zumba. Haaaa, budak-budak UM ni memang zumba expert la diorg haha. Tukang masak pusat jagaan ni pun join bersenam jugak tau.


πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬

Senamrobik ni dikendalikan oleh ahli kumpulan kami:
(dari kiri) Moganaselan, Harinesh dan Raziq





πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬

Semangat ya adik-adik ni semua, comel-comel je.








Dah aktif bersenam, apa lagi yang kami buat? sudah tentu la benda wajib  untuk eratkan silaturahim ni. GOTONG-ROYONG!

Gotong-royong yang kitorang adakan ni sekali dengan kerjasama ahli qariah (a.k.a ahli kampung). Adik-adik pusat jagaan, orang kampung, staf dan kami semua menggembleng tenaga nak cantikkan surau dan rumah jagaan ni. Apa je yg kitorang buat?

  • Sapu kawasan
  • Cat dinding
  • kemaskan dorm pusat jagaan
  • bersihkan surau
  • kemaskan dapur
kemas tu memang betul-betul kemas kami semua pastikan. Gotong-royong sampai azan asar berkumandang tau.





πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ 



Apa yang penting? KERJASAMA~~




πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Cuci kami  tak sah kalau tak berkilat




πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬  

Adik-adik ni kecil lagi tapi kerja-kerja mengemas memang dah mantap




πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Ahli qariah turut mengecat dinding-dinding




πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Pakcik-pakcik kampung pun bersemangat gotong-royong, faktor umur bukan penghalang.





Sementara yang lain sibuk bergotong-royong, kami juga bahagikan kumpulan untuk memasak bersama-sama atau lebih dikenali sebagai rewang. macam jamuan la kiranya untuk semua yang letih gotong-royong ni haa. Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing, hehe



πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Jangan ingat kitorang tak boleh masak ek




πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Memang seronok ya kalau ramai-ramai join masak




πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Makan ramai-ramai menambahkan kelazatan tu umph






Sudah maghrib tu, selepas solat kami sediakan sesi pembelajaran dan aktiviti rekreasi. Kami juga ajar adik-adik semua macam mana nak guna mikroskop dan kenalkan dunia miroskopik untuk mereka. Sifat inkuiti mereka memang banyak, dan mereka sangat excited untuk guna mikroskop. kami juga mengajar cara-cara basuh tangan dan gosok gigi yang sepatutnya. Sebab apa? sebab bakteria boleh hidup kat mana-mana yang x bersih hehehe. 





Selain itu juga, slps belajar kami buat sesi perkongsian dan aktiviti rekreasi untuk mereka. Aktiviti termasuklah mewarna dan musical chair. Mereka suka bertanyakan soalan kepada kami tentang pelbagai perkara. Seronok kami bercerita. Mereka ni walaupun agak kekurangan, tapi semangat belajar itu memang tinggi. Ada juga yang menyampaikan hasrat nak belajar kat UM. Bagus!



πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Tengok apa tu ya dik?




πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Sesi mewarna






πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Manis je adik ni tunjuk hasil mewarnanya😊





πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Adik ni pun apa kurangnyaπŸ˜†




⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰
⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰


Hari seterusnya, adalah hari terakhir kami bersama mereka. So, aktiviti apa yang dapat beri mereka kenangan manis? Apa lagi kalau bukan...........SUKANEKA!

Kami adakan sukaneka pada waktu pagi hingga tengahari. Pada petangnya, adalah waktu rehat untuk majlis penutup program kami.






πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Trust Fill the Jar



πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Guess Box



πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Kutip kacang



πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Eh, ahli kami pun ada yang join haaa



πŸ’¬πŸ’¬πŸ’¬ Happy ya






Dah habis semua, kami pun bagi masa rehat dan makan tengahari. Kitorang pun nak kira markah , sukaneka ada hadiah tau.

Dalam pukul 6, kami pun adakan majlis penutup.Majlis ini diadakan pada hari terakhir dan dirasmikan oleh penyelaras program iaitu Dr Khanom Simarani. Ucapan aluan daripada Pengarah Pusat Jagaan, Encik Nur Azmie juga turut diadakan. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah. 

Sesi penyerahan sumbangan dan baju T-shirt kepada Pengarah dan Warden Pusat Jagaan telah disempurnakan oleh Penyelaras Program, Dr Khanom Simarani dan Pengarah Program, Wan Amirul Syazwan.






















⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰
⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰⤯⤰

Maka tamatlah program kami. Haaa amacam? Mesti korang tertanya-tanya betul ke ini semua dibuat oleh Mahasiswa sendiri?  Jawapan dia... Sudah semestinya! ofkos la dengan bimbingan Pensyarah kami dan kerjasama antara pusat jagaan serta penduduk kampung.
Bantuan yang dihulurkan juga adalah hasil titik peluh semua dari jualan biskut dan kutipan derma orang ramai.


Seronok kan? Bukan sahaja kami dapat melatih jati diri, kami juga mendapat sesuatu yang berharga, apa lagi yang lebih bernilai berbanding senyuman manis semua?
































































⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫⏫



Syabas buat G23 Mikrobiologi sesi 18/19 ! Kudos to them for all the efforts throughout the program!



NAMA
UMUR
TAHUN PENGAJIAN
Liu Boyu
20
Tahun Kedua
Firzanah Binti Ahmad Badruddin
20
Tahun Pertama
Harinesh Vasanthan
20
Tahun Pertama
Lee Jie Min
20
Tahun Pertama
Moganaseelan A/L Subramaniam
20
Tahun Pertama
Muhammad Azri Faiq Bin Mohammad
20
Tahun Pertama
Muhamad Raziq Bin Ramlan
20
Tahun Pertama
Ng Chun Howe
20
Tahun Pertama
Nur Ain Syamimi Binti Ayob
20
Tahun Pertama
Nur Fatini Binti Ahmad
20
Tahun Pertama
Nur Zawani Binti Zainul
20
Tahun Pertama
Nurul Hanisah Binti Abdul Malik
20
Tahun Pertama
R. Mageswari A/P N. Rahman
23
Tahun Pertama
Sajeeth Revindran
20
Tahun Pertama
Wan Amirul Syazwan Bin Wan Ahmad Munawar
20
Tahun Pertama
Lujin Al Quwatli
18
Tahun Pertama